Apakah Rangkaian
Komputer?
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti,
dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh
terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan
menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media
penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. Rangkaian yang pertama ialah
pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an,
iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian
Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian,
antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan
luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.
Rangkaian
bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh
komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan
bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh
dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi
boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih
kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang
kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN). LAN
biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN
boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh
diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz
LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar
data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.
Perhubungan
pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN
kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio
dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua
atau seluruh dunia.
Berikut
adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
- Perkongsian
Maklumat
- Perkongsian
Sumber Perkakasan
- Perkongsian
Sumber Perisian
- Utusan Elekronik
(E-Mail)
- Keselamatan Data
- Sokongan
